Masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.. tunggu pengumuman petang ni sama ada PKPB disambung atau ditamatkan.. sejujurnya aku tidaklah terkesan mana memandangkan aku duduk dengan suami dan anak-anak, keluargaku di Lembah Klang, tempat kerja dalam Selangor.. tapi aku bersimpati dengan insan lain yang terjejas akibat PKP..
Mulai seminggu sebelum raya, aku dah kembali ke pejabat.. Isnin dan Selasa bekerja di rumah, Rabu hingga Jumaat di pejabat.. jalanraya tidak lagi sesak pada waktu pagi dan petang.. aku sempat masuk pejabat pukul 7.30 pagi dan boleh pulang pukul 4.30 petang.. tapi aku perlu bawa bekal untuk sarapan sebab kedai makan hanya boleh dibuka pukul 8 pagi.. makan tengahari pun tak banyak pilihan.. kebanyakan restoren beratur panjang..
PKP ini ada hikmahnya.. kalau dulu aku ke bazar ramadan untuk beli juadah berbuka, tahun ini aku masak setiap hari.. hanya kuih muih saja yang dibeli.. abangku sayang berjaya mengecat rumah setelah sekian lamanya dinding penuh dengan hasil contengan anak-anak.. tahun ini juga tak berhabis ratusan ringgit membeli baju raya, pakai apa yang ada saja..
Cuma yang tak seronoknya, raya tahun ni mak tiada.. tak ada rendang minang mahupun kuah lodeh air tangan mak di hari raya.. tiada kunjung mengunjung kerana PKP.. kami beraya di Rawang pun belah petang raya pertama.. tak dapat menziarah kubur mak sejak dikebumikan 11 Februari dulu.. hanya doa dan Al Fatihah dapat dikirim untuk mak di sana..
Cerita pasal ekonomi, dah jelas dan nyata keadaan negara yang terjejas akibat covid-19.. ekonomi keluarga kami turut terjejas sama.. sejak hujung Februari, abangku sayang tiada penumpang teksi.. kalau dulu, banyak pelancong kapal persiaran turun di Pelabuhan Klang.. sekarang tiada kapal pun dibenarkan berlabuh.. nak bawa penumpang pun risau juga kalau-kalau ada yang positif covid-19.. namun bersyukurlah aku ada kerja tetap dan gaji tidak dipotong..
Tak pernah kita bayangkan ini akan terjadi.. harap wabak ini dapat ditangani segera dan kita semua kembali menikmati hidup dengan tenang.. ya, aku tahu semuanya takkan kembali seperti sedia kala, namun kita perlu mengamalkan norma baru..