mizalisyaf
Kadang-kadang naik muak cerita hal tak best je dalam blog.. tapi ni salah satu medium aku luahkan perasaan.. takkan la everytime ko psiko, ko nak call/chat dengan kawan ko? orang lain pon ada masalah sendiri...

Sejak bertukar keje ni, macam-macam jadi.. handphone masuk lubang jamban, kete overheat, pastu overheat lagi.. kena "sembelih" dengan bengkel kat Nilai.. caj repair sampai RM1300, tapi enjin kete makin hampeh..

tiap kali aku bawak kancil skang ni mesti aku menyumpah seranah.. tekan minyak lebih skit, dia mengaum kuat.. pick up lembab.. nak naik bukit semput.. kalo ko buat keje tak betul, memang aku tak halalkan duit repair kete tu.. moga ko dapat balasan setimpal..

skang ni waja plak mula meragam.. tadi kitorang ke ioi mall puchong.. time nak masuk parking, enjin mati.. boleh start, pastu mati balik.. kitorang bersusah payah tolak kete masuk kotak parking.. thank you to the indian lady yg tolong tolak kete.. yes, LADY!

naik ke shopping mall.. abangku sayang call kawan2 dia untuk tanya pendapat dan nasihat pasal kete.. aku dengan budak 3 orang ni menempel je la kat situ.. kalo ayah ada, diorang well behave la skit.. si ayah yang tengah berserabut otak, rimas plak bila kitorang kat situ.. disuruhnya aku bawak budak2 pusing2 shopping mall..

aku memang tak reti handle budak ramai2.. mana nak berdukung, sorang nak naik ride, sorang nak gula2 la.. tengah tengok2 baju, sorang nak kencing plak.. stress aku.. bila dah ok skit, capai hp dalam handbag.. tengok ada 2 miscall dari abangku sayang..

bila aku call balik, tak pasal2 kena marah.. terus disuruh g ke parking.. abangku sayang memang pantang bab tak jawab call.. ye, salah aku sebab aku tak dengar hp berbunyi.. bila aku fokus satu benda, anything else selalunya terlepas pandang.. dah memang aku tak pandai buat banyak keje dalam satu masa.. huhu

kete tu tetiba ok plak boleh start.. kitorang cepat2 keluar dari ioi mall.. lepas keluar highway kesas, enjin mati lagi depan mardi.. dok tepi jap.. lama2 ok balik.. dapatlah kitorang sampai depan umah.. pastu mati lagi enjin.. tak tau la apa problem.. malam2 ni bukan dapat buat apa.. esok je la..

bila jadi camni, mula la pikir kenapa kitorang tak kaya raya? takkan ada masalah ni.. satu kete rosak, panggil je pomen yang pakar.. kete berlambak, pakai je yang lain.. budak2 ada pembantu boleh tolong tengokkan time ko shopping.. takde la stress, takkan gaduh2..

hmm mengarut semua ni! dahla.. baik aku tido.. lupakan masalah..
mizalisyaf
tadi layan gosip artis kat beautifulnara.. skang kan sibuk cerita pasal zizan nak kawin dengan edora, budak sekampung dia.. ada satu komen netizen ni menarik perhatian aku..


kadang-kadang satu perkara tu remains as it is without explanation.. ko penat pikir camne pon ko belum tentu dapat memahaminya.. pasrah je la..
mizalisyaf
Saban hari, usia kian meningkat.. harus lebih matang.. 2015 merupakan tahun yang mencabar buat kami sekeluarga terutamanya aku sendiri..

Awal tahun, tekanan kerja sudah sampai ke tahap yang tak tertahan lagi.. tidaklah seperti dulu.. kali ini dugaannya lain.. syarikat kian tenat, pihak atasan yang bermasalah, pemiutang yang semakin agresif, bos yang suka menekan anak buah, konsultan yang tidak membantu malah menyusahkan..

aku nekad meninggalkan kerja itu.. akhirnya tempat kerja baru ku tuju.. biarpon gaji tidak seberapa, aku terima demi meneruskan perjalanan hidup.. ye, aku boleh mementingkan diri sendiri untuk tidak bekerja.. itu kan tanggungjawab suami? tapi aku tak sanggup hidup susah dikelilingi hutang.. zaman sekarang ni, gaji 10 ribu pon belum tentu cukup untuk keperluan keluarga..

2 bulan bekerja di tempat baru, kereta aku mula buat hal.. satu demi satu kerosakan dialami hingga enjin diganti lain.. ingatkan masalah sudah selesai.. baru 3 hari lepas, aku tersadai tepi jalan sebab enjin overheat.. mujur tak dilanggar lori sebab enjin mati ketika lampu isyarat merah.. terpaksa amik emergency leave sedangkan aku belum sah jawatan lagi.. terjejas reputasi..

Awal bulan lepas, abangku sayang pula sudah tidak buat keje part time.. aku gembira sebab abangku sayang ada waktu malam.. kalau dulu, aku dah lelap baru dia pulang.. namun di sebalik kegembiraan itu, pendapatan bulanan berkurang.. dahla gaji aku sudah kurang, pendapatan sampingan abangku sayang pula tiada..  ditambah dengan masalah kereta.. hmm wang bukan segalanya tp segalanya memerlukan wang kan?

Mungkin dah terbiasa dengan hidup senang.. sekarang terasa benar kekurangannya.. definisi senang aku tidaklah mewah seperti orang lain.. bagi kami, dapat keluar berjalan2 hujung minggu, boleh bagi duit kat mak abah, boleh makan yang sedap2 selalu, boleh g shopping keperluan rumah tiap minggu tu dikira senang la..

Takpelah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. aku perlu lebih berusaha untuk memajukan diri demi menjana ekonomi keluarga.. abang dah ada perancangannya.. aku bila lagi?
Daisypath Anniversary tickers