mizalisyaf
Kan aritu aku cerita pasal interview keje.. pada hari Rabu sebelum raya, aku dpt call dr HR company itu.. dia tanya pasal Reference aku sbb dia nak contact diorg.. maka aku bagi laa nombor tepon 2 orang boss aku.. sorang manager, sorang lg senior manager.. tapi senior manager aku tgh meeting ptg tu..

Manager aku tu telah dicontact immediately after aku bg no hp.. punyalah panjang lebar, banyak soalan diajukan.. dari cara kerja sampai laa attitude aku ditanya.. boss aku ni jawab jerlaa secara jujur.. lagipon nak tipu apanya kan? Aku kan staff yg baik.. hahahahaha.. 2-3 kali jugak laa orang HR tu call aku untuk confirmkan info ptg tu..

Actually, masa bagi no tepon senior manager tu, aku rasa serba salah.. dia sure tak sangka yg aku tgh carik keje lain.. dan sangkaan aku TEPAT.. sejurus selepas dpt sms dr aku untuk mintak permission jadi referee, dia terus reply.. “Ahhh.. internal ke external? U kena menghadap I dulu”.. bila aku jumpa dia the next day, she did say that dia tanak aku gi.. aku ckp, “takpelaa Puan.. ni baru interview, blom dpt offer pon lg.. nanti kalau dpt, baru kita fikir ek!”

Until now, takde sebarang berita dr company itu.. maybe diorg masih dlm proses pemilihan.. or maybe diorg dah dpt calon lain yg sesuai.. aku berserah.. kalau ada rezeki, dapat laa.. dari pembacaan aku (source from internet), bila company contact your referee, itu bermakna u are one of the top candidates and have higher chance to get the job offer.. but if not hired, jangan bersedih! it’s nothing to do with you.. it’s just the other candidate has a better reference.. Just wait n see!

Apa2 pon.. menjawab personality test, short discussion on topics that has nothing to do with your job, interview with panel of interviewer yg baik dan memahami merupakan pengalaman yg sungguh berharga buat aku yg sangat takut gi interview.. Bersyukur untuk itu!
mizalisyaf
Ptg Sabtu sebelum raya tu kitorg bergerak ke Rawang.. singgah beli kuih-muih di bazaar Ramadan Bandar Tasik Puteri, then off we go to KL.. berbuka puasa dlm kete je.. buat apa gi KL malam raya? As usual, kitorg gi shopping kat Jln TAR.. aku dan mak beli jubah.. mak beli tudung.. cadang nak beli baju kurung tapi hujan renyai membantutkan mood aku.. menjelang tgh malam, bertambah ramai org kat situ.. orang nak tunggu jualan lelong tgh malam agaknya..

Raya pertama, kitorg gi beraya di Gombak.. berkunjung ke rumah sedara-mara sebelah mak.. raya kedua, gi berkunjung ke rumah sedara-mara sebelah abah.. di Gombak juga.. dah kata anak jati Gombak.. bila dah besar (2002) baru pindah ke Rawang..

Raya ketiga, kitorg pulang sebentar ke rumah Shah Alam.. basuh baju dan kemas2 barang untuk pulang ke kampung pula.. kitorg sampai Jelebu kol 6pm.. takde org kat umah sbb diorg semua gi beraya kat Felda Palong dan Bahau.. kitorg sempat beraya di 2 buah rumah menjelang senja.. Raya keempat dan kelima, kami berkunjung ke rumah sedara mara sebelah abangku sayang laa plak.. Jumaat ptg, kitorg pulang ke Shah Alam semula..

Sabtu, kitorg gi open house kat Gombak then kenduri kawin di Batu Caves.. pastu gi open house kat Rawang plak before pulang ke Tasik Puteri.. sepupu sepapat aku nak dpt beraya plak.. maka kitorg tapau mee goring mamak je untuk menjamu tetamu..

Malam tu, kitorg gi beraya di rumah Along (abang aku) kat Batang Kali.. balik malam tu, trus flat.. sepanjang pagi sampai tghari semalam kitorg dok berehat kat umah je.. ptg semalam gi Carrefour jap beli barang keperluan rumah dan susu/drypers budak2 ni.. lepas maghrib, gi beraya rumah Along di Kapar plak.. berakhirnya cuti raya selama seminggu.. masa untuk bekerja semula..
mizalisyaf
Raya dah makin dekat.. mood raya makin terasa.. mula laa liat nak wat keje.. mujurlah monthly closing dah settle.. so aku tak bz sgt.. Meh cite skit perkembangan terbaru aku dan keluarga..

Baru2 ni aku gi interview di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia.. dapat tak dpt keje tu belakang kira, yang penting aku dapat pengalaman baru.. kalau ada rezeki, dpt laa.. kalau tak, aku redha kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat aku..

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kitorg dah merasa berbuka di 2-2 kampung.. chewahh macamlah Rawang tu kampung? raya tahun ni insyaAllah beraya di Rawang (actually Gombak) then baru pulang ke Jelebu..

Persiapan raya? Aku ada 2 pasang baju kurung Pahang.. satu tu siap tempah jahit manik di tangan.. tudung dah ada 1.. 1 lagi nanti kita shopping malam raya kat Jln TAR ek! Oh ya, aku ada lg sepasang baju kurung yg baru dibeli khas untuk interview yg aku cerita di atas..

Untuk abangku sayang, dah siap sepasang baju melayu.. kain untuk baju melayu dan baju kurung kitorg sama.. beli terus 11 meter utk 4 orang anak beranak.. baju melayu Isyraf pon dah siap.. tinggal baju kurung Alya je yg masih dlm proses.. baju Alya untuk raya ke-2 hingga ke-4 dah ada.. untuk Isyraf kena beli sepasang dua lagi..

Kuih raya dah ada laa skit.. aku beli Mama Carries, Tart Nenas, Popia Simpul, Kapit Peanut Butter & Choc Delight.. Tu je.. kena carik lagi kot nanti.. tapi beli kerepek dan kacang2 je sbb org bukan nak makan sgt biskut raya ni.. Duit raya dah siap tukar.. tinggal nak masukkan dlm sampul duit raya je..

Hmm cite pasal raya ni buat aku excited nak raya.. tak sabarnya!!
Daisypath Anniversary tickers