mizalisyaf
6 bulan lepas, aku disuruh isi form upgrading.. tp akhirnya direject oleh HR dengan alasan aku baru je naik gred pada 1 Jan 2010.. Baru-baru ni aku disuruh isi form upgrading lg.. genap 2 tahun aku naik gred.. mungkinkah akan berjaya kali ni? Hati aku berat mengatakan takkan berjaya.. ntahlaa..
Kadang-kadang tension dengan dunia yang tak adil ni.. kenapa ada yang boleh naik gred walaupon baru je confirm beberapa bulan? Kenapa ada yang boleh lompat gred? Kenapa ada yang baru je naik gred 6 bulan lepas pastu boleh naik gred lagi? Kenapa pula ada yang bertahun-tahun lamanya tak dpt naik gred? Kalau betul nak ikut prosedur, sila buat kepada semua orang.. kenapa boleh ada special case pula? Semuanya bergantung pada budi bicara kan?
Ya bersyukur dengan apa yang ada.. rezeki kita mungkin lain bentuknya.. itu jerlaa ungkapan untuk menyedapkan hati.. ohh i’m not in PMS mood okay! Siapa dalam dunia ni yang bergembira dan tidak sedikit pon terluka bila nasib tak menyebelahi kita? Ada? Walau apapon, jauh di sudut hati pasti terasa.. kita manusia biasa, bukannya Nabi..
**Ini hanya luahan rasa agar dapat meringankan beban dalam jiwa.. aku tak perlukan orang untuk menasihati.. terima kasih..
mizalisyaf
Kalau sebut Bukit Naga, orang selalunya tak tau di mana lokasinya.. tapi bila sebut Jalan Kebun, masing-masing menjawab "ooo... kat klang tu".. yes, dulunya Bukit Naga termasuk dalam daerah Klang.. poskodnya 42450.. tapi kini Bukit Naga dah di bawah pentadbiran MBSA dan diletakkan dalam Seksyen 32, Shah Alam.. poskod baru adalah 40460..
Pada asalnya, abang menyewa di Bukit Naga masa bujang.. masa mula2 aku dibawa ke umah sewanya, agak menyeramkan saje kawasan ni.. time tu lepas keje, waktu senja.. keadaan jalan yang agak teruk dan tiada lampu jalan menyebabkan aku tak suka tempat tu.. bila nak kawin, kitorg susah payah cari umah merata tempat untuk disewa tapi kebanyakannya tak memenuhi kriteria.. ntah macam mana, dah ditakdirkan aku dok kat Bukit Naga, kitorg dapat umah sewa selang sebuah dari rumah bujang abang..
Skang dah genap 3 tahun kitorg menetap di situ.. bermula dengan 2 orang, kini dah berempat pon.. insyaAllah awal tahun 2013, kitorg akan berpindah rumah tapi masih di kawasan Bukit Naga.. komuniti di sini majoritinya Melayu kerana ia merupakan tanah rezab Melayu.. hari demi hari, Bukit Naga kian membangun.. dahulunya kebun kelapa sawit, sekarang banyak taman perumahan baru dibina..
Kawasan di sekitar Bukit Naga juga dah makin membangun.. dulu pasaraya terdekat adalah Econmart di Taman Sentosa Klang.. kalau nak shopping banyak kena gi bandar Shah Alam.. Februari 2010, Carrefour Bukit Rimau dibuka.. pastu hujung 2010, Giant Kemuning Utama dibuka.. baru-baru ni Econsave Padang Jawa pula dibuka.. tak lama lagi pasaraya NSK akan dibuka di Taman Sentosa manakala Giant akan dibuka di Jalan Kebun.. wah banyak betul tempat nak menghabiskan duit di sekitar umah aku ni.. huhu
kita tunggu jerlaa apa akan jadi pada Bukit Naga 10 tahun akan datang..
mizalisyaf
Last night kitorg gi jalan2 cari makan.. lokasinya di flaming steamboat buffet di Kemuning Utama.. dekat je dgn umah.. kitorg berpakat ramai2 beli voucher dari street deals.. ahli kelab makan2 terdiri drpd family kitorg, family nizar, family kak ros, family che mat, family kak mazleha, shikin & hubby dan juga Midah kecik..
restaurant ni baru gaklaa dibuka di sini.. harga sekepala patutnya RM25 kot tp kitorg dpt harga diskaun RM15.90 + free next visit.. banyak pilihan makanan yg terhidang.. mula2 kita amik segala jenis bebola dan seafood.. bila dah masuk dlm periuk steamboat, gi amik icecream plak.. pastu gi amik makanan goreng2 untuk abangku sayang.. then amik air..
layankan jerlaa gambar-gambar di bawah ni..
Mama dan 2 budak kecik
Sebahagian keluarga Che Mat diselubungi asap ala-ala cerita seram
Shikin n hubby
Shikin n Mida kecik (si tunangan orang)
Family Kak Ros
anak-anak Kak Maz
family Che Mat
wife nizar n family kak maz
wife nizar n anak-anak
Puas hati laa makan buffet ni.. lenkali leh makan lagi..
mizalisyaf
Kepelbagaian di dunia ini..
Ada yang suka bercerita, bermegah, menjaja cerita sana sini
Kutuk sana, kutuk sini, macamlah diri tu terlalu tinggi..
Ada yang hanya diam diri.. hanyut dalam dunia sendiri..
Bosan dengan situasi begini.. sampai bila harus menghadapi?
mizalisyaf
Sejak minggu lepas aku rasa something wrong dgn gigi bongsu aku.. cam rapuh je.. mula2 berlubang skit.. bape hari pastu patah skit.. last night, patah lagi.. itu membentuk satu lubang yang agak besar dan tinggal tunggul gigi yang tajam.. huhu.. Abang kata aku tak cukup kalsium.. kena minum susu ni..
Hmm kat ofis skang kurang bz.. aku sempat laa jugak survey kitchen cabinet untuk rumah baru nanti.. walopon lagi setahun baru siap umah tu, kita plan dr awal laa.. at least boleh start pikir pasal design, material dan budget.. hopefully bonus tahun depan lebat laa.. Kalo boleh, aku teringin juga built in wardrobe dan juga tv cabinet..
Nak pindah umah baru bukannya sikit belanja kan.. paling penting kena pasang grill.. minimum 2k.. kipas n lampu ntah bape plak harganya.. pastu kitchen cabinet.. mana nak letak pinggan mangkuk periuk belanga aku ni? Awning perlu ke?
Perabot rasanya cukup laa untuk keperluan.. sofa masih ok.. tv walopon tak flat screen tapi masih boleh menonton siaran astro.. peti sejuk nak beli yg 2 pintu tapi tu boleh postpone.. set bilik tido utk master bedroom dah ada.. bilik no 2 dah ada katil bujang n almari yang abang tukang sendiri (seriously).. meja makan, takde pon takpe for the time being..
kalo nak compare dengan kawan2 yang lain, memang aku ketinggalan bab harta benda.. tapi ikut kemampuan laa.. Beli apa yang perlu.. bersyukur selalu.. InsyaAllah akan bertambah rezeki di masa depan..
mizalisyaf
Alang-alang dah sampai Kuala Selangor, kitorg ingat nak gi jenjalan laa.. tapi nak gi mana pon.. Bukit Malawati dah pernah dilawati tak lama dulu.. Nizar sekeluarga plak takdelaa beriya nak gi ke sana.. so, kitorg putuskan untuk singgah di Tesco Kuala Selangor sbb nak beli susu Alya..
Sampai parking, Isyraf tgh tido.. malas nak kejutkan dia untuk letak dalam baby carrier.. aku tak bawak stroller sbb for me, ia menyusahkan jer.. kitorg plan nak amik troli yang ada tempat letak baby tu.. unfortunately, semua tempat letak baby tu rosak, koyak, berlubang n kotor.. terkejut giler laa.. takkan laa baby yg kecik boleh merosakkan benda tu camtu sekali? Kitorg pilih 1 troli yang paling kurang kerosakannya.. huhu
Sementara tunggu Alya tunggang motor yang masuk duit tu, aku gi toilet.. mak aih.. paip takleh tutup n flush pon tak berfungsi.. dalam toilet bowl ada panty liner lagi.. bila aku keluar toilet, alya dah sudah main.. alya nampak cam tak puas ati je..
abang cerita yang dia tambah duit untuk bagi alya main lagi.. tp budak sebelah tu boleh tutup suis mesin tu.. maka mainan yg alya tunggangi tu terhenti.. apa daa..actually budak tu nak switch on mainan yg satu lagi tapi tersalah offkan suis mainan alya.. memang laa org tu nak bayar balik RM1 kat abang tp benda camni tak patut jadi.. in the first place, macam mana suis mainan tu boleh off?
Kesimpulan yang dpt dibuat, kat situ ramai yang gatal tangan agaknya.. dan pihak pengurusan tesco kuala Selangor pon tak menjalankan tugas dgn baik..
mizalisyaf
Semalam kami gi Tanjung Karang untuk menghadiri majlis perkahwinan Laila, rakan ofis.. konvoi dgn Nizar sekeluarga.. perjalanan mengambil masa 2 jam dari shah alam.. kitorg ikut highway Guthrie, amik exit Kuala Selangor.. patutnya boleh ikut highway LATAR, tapi kitorg saja nak ikut jalan biasa..
Sampai kat pekan Tg Karang, kitorg meneruskan perjalanan ke arah Sabak Bernam/Teluk Intan.. dalam map tu, landmark adalah tangki air sebelah kiri dan sebelah kanannya Sek Ren Agama Batu 10.. aku nampak tangki air tapi letaknya dalam ladang kelapa sawit (bukannya tepi jalan) dan sekolah sebelah kanan adalah Sek Ren Agama Batu 11..
Aku kata kat abang, dah dekat laa lg 1 batu.. terus punya terus, sampai pekan Sekinchan.. itu sudah jauh rasanya.. kitorg stop, abang n Nizar tanya orang.. kitorg patah balik.. rupanya betul simpang kat tangki air n sekolah yang aku nampak tu.. tension tol.. apsal bagi map salah? Itu telah menjejaskan reputasi aku sebagai co-pilot.. geram geram.. it’s not that i can’t read map, it’s because the map is not accurate.. huh!
Apa-apa pon, kitorg selamat tiba dan beriring pula dengan ketibaan pengantin.. ada pertunjukan silat n paluan kompang.. dan diorg buat acara tabur gula-gula tu.. nice.. pasangan pengantin baru memang sama cantik sama padan.. sorry laa kepada lelaki2 ofis yang patah hati sebab minah tu dah nikah.. haha
merpati 2 sejoli
acara tabur gula-gula
makan beradab
mizalisyaf
Sesi Muhasabah Diri.. Petikan dr Metro..
Soalan:
SAYA graduan sebuah institusi pengajian tinggi dan baru saja memperoleh pekerjaan yang baik. Saya bersyukur kurniaan ini mampu mengurangkan bebanan keluarga saya yang sering dihimpit masalah kewangan. Sejak kecil, saya hidup susah kerana keluarga kurang berkemampuan.
Bantulah saya untuk membuang perasaan dengki dan tidak puas hati terhadap kesenangan orang lain.
Jawapan:
DR berterima kasih kepada adik kerana menjadi anak yang tahu membalas budi ibu bapa juga keluarga.
Dr juga gembira kerana adik bersyukur ke atas rezeki yang dikurniakan Allah. Adik menyedari bahawa setiap insan ada rezeki masing-masing. Perasaan dengki dan tidak puas hati adik adalah perasaan normal.
Cuma, apabila segala perasaan negatif ini menguasai kehidupan adik, ia perlu dinilai semula. Apabila adik membuat perbandingan dari orang yang lebih baik , adik akan merasa kekurangan. Belajar untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain. Seterusnya, adik boleh menukar pemikiran negatif kepada positif dengan merasionalkan pemikiran bahawa orang yang suka berbakti kepada keluarga adalah insan yang baik.
Bukankah “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”. Pujuk diri bahawa apa yang adik lakukan adalah satu perkara yang bermaruah. Adik tidak memerlukan orang lain untuk menampung perbelanjaan hidup adik.
Adik seorang wanita yang kuat kerana adik berdiri atas kaki sendiri. Tetapkan pemikiran walaupun tidak menerima banyak bantuan kewangan, adik masih mampu menamatkan pengajian di universiti dan berupaya untuk membantu keluarga. Merasa gembira atas perkara ini.
Fikirkan juga apakah kebaikan yang diterima oleh keluarga hasil pemberian wang adik itu. Rahmat dan nilai sangat besar di mana wang itu boleh digunakan untuk banyak perkara berfaedah oleh keluarga.
mizalisyaf
Tuhan tolong lembutkan hati dia... untuk terima ku seadanya.. kerna ku tak sanggup.. kerna ku tak mampu.. hidup tanpa dia di sisiku.. Aahhh penangan Ombak Rindu.. masih terngiang-ngiang lagu ni..
2 tahun sejak kelahiran Alya, inilah kali pertama aku dan abang menghabiskan masa menonton wayang bersama.. just the two of us.. tak tergambar perasaan gembira.. oh bahagianya aku.. No.. i don’t say that kehadiran anak menggugat kebahagiaan.. tapi kadangkala karenah anak2 mampu mengganggu minda dan emosi aku..
secara rasionalnya dah tentu pasangan suami isteri mengimpikan saat-saat berdua, tiada gangguan, tiada sebarang kerisauan.. malah hasil dari pembacaan aku menyatakan suami isteri harus spend quality time together untuk menyemarakkan kembali kehangatan cinta..
Semalam kitorg telah menonton filem Ombak Rindu di GSC IOI Mall, Puchong.. tayangan bermula kol 2.10pm.. aku book online and bawak selfprint ticket.. so just scan the barcode at the kiosk and no need to collect ticket at counter.. simple dan tak payah beratur panjang..
See the barcode on the top right?
Aku takleh nak compare sgt filem ni dengan novelnya kerana aku dah ingat-ingat lupa isi kandungan novel tu.. maklumlah aku baca novel tu mungkin 5 - 10 tahun lepas.. filem ni takdelah terlalu meninggalkan kesan mendalam ke atas diriku tapi ada beberapa babak tu menyebabkan air mata aku menitis.. paling aku ingat bila Izah dan Haris berpelukan dalam bilik Mak Jah masa kenduri doa selamat..
Satu je komen aku.. aku kurang suka watak Izah dipegang oleh Maya Karin.. no doubt yang dia boleh mengalunkan bacaan Yasin dengan merdunya.. tapi dia kurang sesuai jadi gadis kampung.. dan aku tak suka accent dia yang ke arah Indonesia itu.. hmm i am biased a bit i guess.. haha.. aku rasa Fazura cam sesuai je pegang watak tu..
On the way back
Oklah enough of Ombak Rindu.. dah berlambak orang memperkatakan pasal filem ni.. apa-apa pon, mood aku hari ni agak baik.. and u know what? aku tak membebel even though Isyraf bangun beberapa kali tgh malam buta dan mengganggu lenaku.. hehe
mizalisyaf
Ofis dalam proses renovation.. kitorg telah berpindah ke auditorium buat sementara waktu.. lebih kurang 2 bulan laa.. tiada divider, tiada compactor, tiada cabinet.. semua file dalam kotak.. sangat kurang selesa kerana bersesak seramai 76 orang dalam tempat yang sempit.. bosan..
Gambar kenangan my old desk
Malam tadi abang terpaksa keje overtime sbb banyak benda kena settlekan urgently.. 9hb ni company akan membekukan semua posting dalam system lama untuk membolehkan data migration ke system baru yang lebih canggih (katanya laa).. kita tunggu laa apa resultnya nanti.. hopefully lebih memudahkan proses..
Esok kitorg amik cuti sebab kena bawak Alya ke klinik.. check up 2 thn.. tak sure kena cucuk ke tak.. tghari tu lepas antar alya ke taska, aku dan abang ada plan.. nak gi makan luar, pastu gi IOI Mall sempena J Card Member Day.. hmm setakat 6 jam tu apa laa sangat yang dapat dilakukan.. we’ll see..
mizalisyaf
Last Saturday, company telah mengadakan Family Day di Sunway Lagoon.. kitorg bertolak kol 8 dan sampai di sana almost 9 lebih.. mana taknya, jalan sesak dan banyak kereta berderet atas flyover direct ke parking Sunway Pyramid tu.. kitorg park seberang jalan dan guna jejantas.. Naik turun tangga sambil dukung budak kecik tu memang mencabar minda..
Di pintu masuk saja dah penuh dengan umat manusia kakitangan syarikat.. lautan jingga.. punyalah ramai beratur nak amik goodie bag dan food.. kitorg just go with the flow.. kol 10 baru dapat makanan.. hampar tikar bawah teduhan pokok-pokok, kitorg menikmati hidangan KFC di situ.. kol 10.30, bergerak pula menuju ke pentas utama.. acara sukaneka sedang berjalan.. abaikan saja sebab kitorg sibuk carik tempat sesuai untuk berehat..
Kol 12 tghari, baru laa kitorg tau yang cabutan bertuah hadiah utama telah pon dilakukan kol 9.45am.. what the??? Buat penat je dok berpanas sedangkan acara yang dinantikan dah lepas pon.. kol 12.30pm, kitorg pon pulang dengan rasa hampa..
Malam tu, kitorg gi mengubat hati yang lara dengan berhibur di Fun Fair Stadium Shah Alam.. naik ferris wheel dan keretapi kecil.. happy.. Lagi happy sbb dapat beli durian 2 biji RM10 pastu dapat free 1.. yeay!
mizalisyaf
Alya dah genap 2 tahun pada 30 november yang lepas.. cepat sungguh masa berlalu..
Sempena birthday Alya, kitorg gi ke Bukit Gambang Resort di Pahang.. kol 7.30am kami dah bertolak dari shah alam.. konvoi 3 kete.. angah bersama anak muridnya, mak abah dan kawan mak.. ajim plak bersama tunang serta adik-adiknya.. diorg dah menunggu di Petronas sebelum masuk tol Gombak.. kitorg sampai di sana kol 11.30am..
Kitorg beli pelampung kecik untuk Alya dan sewa satu untuk ayah n mama.. happy sangat sebab dapat enjoy main air sekeluarga.. kitorg just duduk dalam pelampung sambil dihanyutkan air sungai buatan tu.. Alya dalam pangkuan ayahnya manakala isyraf dengan mama.. nak terlelap budak tu di kala terapung-apung dalam air..
Skang ni kebanyakan waterpark dah menggunakan e-cash.. tak perlu bawak wallet gi tempat basah lagi.. semuanya boleh disimpan di locker.. kita hanya perlu scan wristband untuk sewa pelampung, beli makanan, sewa locker.. kalau duit prepaid kita tu tak abis, boleh refund masa nak blk nanti.. senang kan..
Kitorg keluar kol 6.. plan nak singgah beli durian musang king kat Karak tapi gerai tu dah tutup laa plak.. huhu
mizalisyaf
Ahad lepas, genap usiaku 28 tahun.. agak berlainan sekali rasanya hari lahirku kali ini.. tiada sambutan, tiada hadiah.. aku tidaklah mengharap.. cuma selalunya ada perkara yang membuatkan aku happy..
Menjelang 12 tgh malam tu, aku ternanti-nanti juga.. ucapan mahupun sms.. tiada.. kol 1.30am, tiada juga.. sampailah ke subuh.. akhirnya kol 8 am, abangku sayang bagi kucupan beserta ucapan hari lahir.. selang beberapa minit, dapat sms dari Kak Manja.. tghari tu dapat pula sms dr Aimi.. Kat facebook, ada beberapa orang kawan yang member ucapan di wall.. terima kasih semua..
Orang kata bila dah dewasa, tak perlu sambut hari lahir lagi.. tapi kenapa aku terasa hati pula?
mizalisyaf
Nampaknya blogdrive dah terlalu susah untuk view.. mungkin dah tiba masanya untuk aku berpindah ke blog baru.. huhu.. untuk membaca entry lama di blogdrive, sila klik
puterinilam
mizalisyaf
Dah lama kami bercuti di Cameron Highland tapi skang baru senang nak upload gambar..
On the way melalui Sg Koyan - Ringlet.. taklah terlalu berliku seperti Jalan Tapah
mendaki celah-celah pokok teh
Bergambar kenangan di signboard teh boh sg palas
Bergambar di replika lebah di Taman Lebah
Cameron Highland infoPercutian 2 hari 1 malam di Cameron Highland yang menyeronokkan..
mizalisyaf
ni laa gambar Isyraf terbaru.. baru sempat nak upload


mizalisyaf

suka tgk gambar ni.. Ayah nampak sgt bergaya.. :)